Kempen Internet Selamat SK Tambun Tulang

1 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh : 31 Julai 2025 (Khamis)
Masa : 8.30pagi-10.10Pagi
Tempat : SK Tambun Tulang

Penerangan Program/Aktiviti :
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran awal tentang keselamatan penggunaan Internet dalam kalangan murid sekolah rendah serta membentuk sikap bertanggungjawab ketika melayari dunia digital. Kempen memberi tumpuan kepada empat fokus utama iaitu buli siber, penipuan dan judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta perlindungan data. Ianya penting kerana melalui kempen itu pelajar sekolah rendah dan menengah dapat didedahkan serta dididik mengenai keselamatan Internet, yang semakin meluas penggunaannya pada masa kini.

Kali Ini NADI yang terlibat dengan Parlimen Arau bekerjasama dengan MCMC Perlis turun ke SK Tambun Tulang untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan kesedaran kepada guru dan juga murid-murid.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali